piątek, 4 maja 2012

Teamviewer- Biar saya bantu anda



Anda boleh download ini sekiranya sambungan kepada VPN ada masalah.. saya akan cuba cek dengan menggunakan software ini.


Teamviewer merupakan software yang dibangunkan khas untuk memudahkan kerja anda.

Teamviewer membolehkan anda untuk pengawal komputer partner anda.
Walaupun begitu, anda perlu meminta izin daripada partner anda sebelum anda mampu untuk mengawal PC partner anda.

Penggunaanya begini:-




Katakan anda mempunyai masalah di dalam PC anda, dan anda tidak tahu apakah tindakan yang anda harus lakukan,




maka dengan menggunakan software ini,
partner anda yang berada jauh, dapat membantu anda dengan mengawal PC anda, dari jarak jauh.

Anda boleh perhatikan apa yang partner anda cuba lakukan pada PC anda.
Anda boleh memutuskan connection antara partner anda, kerana walaupun partner anda sedang mengawal PC anda, anda masih mempunyai akses penuh kepada PC anda..

Software Ini memerlukan kepada sambungan internet, namun begitu, ianya bukanlah pada internet kelajuan tinggi..

Selepas install, anda akan run, dan akan dapati ss tersebut terpapar di skrin anda


Selepas run, anda nampak apa yang tertera di atas..
anda hanya perlu PM saya ID dan password, maka saya akan sambung kepada device anda untuk menolong anda.. ok.

Partner anda juga harus mempunya software ini bagi menyambungkan PC anda bersama partner anda.
Apa yang anda perlu ialah

ID dan Password...  

Partner anda perlu mengetahui ID dan password anda bagi membolehkannya bersambung kepada rangkaian anda..

setelah berjaya, ia akan memaparkan skrin partner anda.

Software ini agak memudahkan anda apabila anda berjauhan daripada orang yang anda perlukan ketika anda sedang memerlukannya...

Selepas Install, untuk run, anda perlu run as administrator...
rujuk gambar



Selamat Mencuba

download di sini

Brak komentarzy:

Prześlij komentarz